10 November, 2008

Lirik Pilihan: 07

ULAR- Anita Sarawak

Takkanlah kau sangka ku dangkal?
Dipatuk kali kedua pun bebal
Selepas kau cabul kepercayaanku
Bersalam pun jari dihitung
Usah lagi sangka ku ikut saja
Dah perit kecewa diperdaya
Pujuk rayumu dan lakonan jelik
Pasti merangkul anugerah pelakon terbaik

Kini ku pasti takkan percaya lagi
Setuju kanan tapi kau pergi kiri
Ada-ada saja alasan didengar
Oh! Semua kata-kata putar belit macam ular

Banyak cantik kau minta ku lupakan
Ku hampir gila tapi masih siuman
Helah barumu tutup helah lalu
Macamlah ku bodoh tak tahu!

Memang dah agak dari dulu lagi
Gerak-gerimu timbulkan sangsi
Sepandai-pandai ular menjalar
Akhirnya masuk dalam guni bomba juga

Kini ku pasti takkan percaya lagi
Setuju kanan tapi kau pergi kiri
Ada-ada saja alasan didengar
Oh! Semua kata-kata putar belit macam ular

Biarkanlah kesilapan ku menjadi pengajaran
Setidaknya pengalaman lebih matang dan ku berwaspada
(Gambar Sekadar Hiasan)

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...