11 November, 2008

Setandan Pisang (Buat Propanisma Cur!)

Dalam satu tandan pisang, tidak semua buahnya matang secara serentak. Ada di antaranya yang masih berwarna hijau tua. Maka,si pekebun harus menyimpannya kembali beberapa hari menunggu sehingga matang semuanya. Pisang yang telah matang dan pisang yang terlambat matang, kelak akan memiliki rasa yang sama iaitu memiliki rasa pisang yang tentunya sedap. Meskipun waktu untuk menjadi matang pada pisang berbeza-beza… Begitulah kita..tak mungkin semuanya sama. Ada kalanya menurut ukuran kita, suatu masalah dapat diselesaikan segera. Tapi bagi orang lain belum tentu, ia memerlukan waktu untuk menyelesaikannya. Bahkan belum tentu sampai pada kesempurnaan. Namun pada akhirnya, hasil tetap dirasakan. Dalam hidup ini tak seorang pun sempurna pada bingkai kemampuannya. Kerana di antara kita memang tidak sama dan tidak serupa, kita dilahirkan berbeza2, hidup dalam lingkungan berbeza, pada keadaan yang berbeza dan segala hal yang juga berbeza2. Yang mesti diingat adalah bahawa setiap orang memiliki kesamaan keinginan dan memiliki hak yang sama dalam mendapat kesempatan dan peluang, betapapun itu harus dipersusun. Kerananya, sia2 saja memperdebatkan suatu ketidaksamaan/ ketidakadilan seorang perampas, perbezaan, dan ketidaksamaan dengan orang lain, kerana kita tak akan mendapat titik temu. Sesungguhnya tiada yang sempurna di antara kita, maka janganlah rendah diri…semuanya harus melalui proses belajar dari pengalaman.... Terima kasih kepada yang meminati Manja.. Terasa diri dihargai..

2 comments:

Urang Awak said...

Salaam Sejahtera dari Bahrain!

Makaasih dah shout di DP Sanabis ya bro!

Some interesting postings you got in you pages!

Nice photos of KL anyway! Jangan bosan2 mampir di Sanabis DP ya

Wassalam,
Ian

zachatta said...

Terima kasih.. Jemput datang lagi...

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...