09 December, 2008

Keterujaan


Salam. Bertemu kembali. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada teman semua. Hari ini saya bekerja seperti biasa. Cuti sehari sahaja iaitu semalam yang sepanjang hari hujan terus menerus. Kata teman saya lewat malam tadi walaupun hujan rumahnya pada hari raya semalam namun rumahnya tetap didatangi penggunjung. Saya kata katakan padanya mungkin kerana mereka ingin menikmati masakan air tangan ibunya. Hahaha.. Memang terbukti masakan ibu teman saya ini memang sedap2.


Hampir 2 minggu ini teman saya ini selalu benar menghubungi saya. Selalu bercerita tentang teman barunya.Keluar makan2 di kfc, beriadah di kolam air panas, sembang2 di kedai karaoke. Em.. sampai saya teruja untuk bertemu mereka. Tidak sabar menanti saya berkunjung di sana.Lewat malam tadi yang terbaru dia menghubungi saya. Saya merancang akan ke sana hari Khamis cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor. Berkira2 menunggu masa.


Kedatangan saya ke sana juga bukan sekadar suka2. Saya akan membuat liputan sebuah majlis. Jadi nantikan berita2 dari saya. Selamat Hari Raya Aidiladha.. Selamat Bercuti.

Ehsan : afdlin Shaufi
Jom tonton Los


No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...