11 December, 2008

Pemergian dan Berakhirnya Penderitaan. / Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).

Assalamualaikum. Selamat sejahtera buat semua. Malam ini saya agak letih kerana seharian bertungkus lumus menyediakan bagi menjayakan Karnival Belia Benci Dadah Peringkat Felda Luruh Bilut. Sebelum itu semalam saya cuti rehat setelah berkerja pada hari raya ke-2 aidiladha yang lepas. Semua ini telah saya rancang awal2 lagi. Semalam juga saya menerima pesanan ringkas yang memberitahu bahawa seorang cikgu di sekolah saya sedang nazak. Dalam fikiran saya mungkin beginila pengakhirannya. Lewat malam tadi saya dikejutkan dengan rakan serumah yang memberitahu cikgu itu utelah meninggal dunia.Dalam hati saya sayu.
Sebenarnya saya tidakla terlalu rapat dengan arwah, namun seingat saya dan saya mempercayainya sewaktu dia meminta pertolongan dengan dengan saya dia akan mengucapkan terima kasih selepas itu. dan perkara yang menjadi kenangan saya tentang arwah ini ialah sewaktu dia pulang dari berkursus di Pulau Pinang setahun lepas dia ada membawa ole-ole (pelbagai jeruk buah)untuk rakan2 di pejabat termasuk saya. Sejak dari itu saya sangat suka dengan Jeruk Salak yang sebelum itu saya tidak pernah makan.Takziah saya ucapkan kepada keluarga Arwahyarhamah Suhanom binti Mohd Salleh di atas pemergian arwah.Alhamdulilah keseksaan, kesakitan arwah selama ini berakhir. Maaf saya tidak dapat hadir kerana tidak punya masa. Saya mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan ahli syurga. Amin.
Buat Guru Besar saya sayangi Tuan Haji Muhammed Adzhar bin Haji Alias,PJK,BPC,saya mengucapkan Tahniah di atas penganugerahan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) pada Hari Keputeraan ke-63 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Tahniah!
Ketika ini saya masih di Felda Bilut, Bentong Pahang. Nantikan berita2 terbaru dari saya. Terima kasih..

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...