01 December, 2008

Perpisahan dan Pengakhiran.

Dua tiga minggu ini, saya cuba untuk menghubungi teman saya yang seorang ini. Berada di Tanjung Malim membuatkan saya jarang bersembang2 dengannya.Terlalu jauh dan saya tidak punya banyak masa. Seingat saya 5 atau 6 bulan lalu saya ada menghubunginya lewat pagi. Ya.. waktu yang sesuai benar untuk bersembang panjang2. Walaupun dulu saya dengannya pernah bertengkar namun sempat juga saya berbaik2. Bertemunya di Pasaraya TF di Behrang menyambung kembali hubungan dengannya selepas kehilangan telefon saya sebelum ini. Sempat menunjukkan gambarnya yang saya pernah ambil menggunakan telefon bimbit dahulu. Saya tidak pernah melupakan kawan2 walau di mana pun saya berada. Saya percaya dia senang bahawa saya tidak pernah lupakan dia di situ. Pernah juga saya menjemputnya ke Puncak Alam.

Semalam saya teringat akan teman ini. Saya terus mendail nombor telefonnya. Seorang perempuan menjawabnya. Lalu saya katakan kepadanya saya ingin bercakap dengan teman saya yang seorang ini. Kemudian seorang yang mengaku sabagai bapa kepada teman saya ini memberitahu bahawa teman saya ini telah meninggal dunia bulan sebelas yang baru lepas kerana kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Saya terkejut,tiada apa yang saya dapat katakan. Tuhan lebih menyayangi dia. Semoga rohmu teman dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan ahli syurga. Amin.. Alfatihah..

No comments:

Jangan Prasangka & Salam Lebaran 1 Syawal 1446H.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semuanya sentiasa sihat walau di mana jua berada. Kadang-kadang, tanpa sedar kita terlal...