27 November, 2008

Kembali dengan Berita Kecurian.


Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Bertemu kembali. Semalam petang saya telah selesai mengikuti kursus bahasa di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Hari ini saya kembali bekerja. Kembali ke Bandar Puncak Alam. Saya rakamkan aktiviti2 di sana buat tatapan kalian. Semoga kalian terhibur. Buat teman2 seperjuangan (Aida, Fidza, Elda, Pak Ahmad, Nizam, Hanif, Is, Wan, Mak Su, dll) Terima kasih banyak2 dan jika punya masa kita jumpa lagi. Buat teman2 di PUTRAJAYA jangan memandang rendah kami di sini. Ingatla kerja anda di sana hanya sekelumit dari kami di sini. Sila jemput ke sini untuk merasai. (Jangan marah) Selalu la melawat blog saya yang tidak seberapa ini.

Minggu lepas juga saya telah melepaskan peluang mengikuti Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka di Dewan Bahasa dan Pustaka itu. Ternyata teman yang berada di Ijok, Kuala Selangor sempat juga meluangkan masa ke sana. Tulisannya yang terakhir begitu mengujakan. Saya sempat mengunjungi blognya walaupun jarang2 meninggalkan jejak.

Kelmarin saya menerima berita dari teman yang berada di MBSA, Shah Alam itu. Maaf saya tidak sempat untuk membalas kerana saya terlalu sibuk. Berita kecurian itu memeranjatkan saya. Mengapa manusia mencuri?? Saya pernah memperkatakan tentang itu suatu ketika dahulu. Petang ini saya terima kejutan sekali lagi. Teman baik saya yang selalu saya ingatkan supaya berhati2 juga telah kehilangan telefon yang mahal itu. Bagaimana saya ingin menghubungi anda? Saya harap teman2 bersabarla ya. Semoga si pencuri akan memulangkan apa yang dicuri dan mendapat pengajaran untuknya. Kembalikan..

Saya masih tetap di sini... dan terus tetap di sini. Jumpa lagi.

1 comment:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...