27 November, 2008

Kembali dengan Berita Kecurian.


Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Bertemu kembali. Semalam petang saya telah selesai mengikuti kursus bahasa di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Hari ini saya kembali bekerja. Kembali ke Bandar Puncak Alam. Saya rakamkan aktiviti2 di sana buat tatapan kalian. Semoga kalian terhibur. Buat teman2 seperjuangan (Aida, Fidza, Elda, Pak Ahmad, Nizam, Hanif, Is, Wan, Mak Su, dll) Terima kasih banyak2 dan jika punya masa kita jumpa lagi. Buat teman2 di PUTRAJAYA jangan memandang rendah kami di sini. Ingatla kerja anda di sana hanya sekelumit dari kami di sini. Sila jemput ke sini untuk merasai. (Jangan marah) Selalu la melawat blog saya yang tidak seberapa ini.

Minggu lepas juga saya telah melepaskan peluang mengikuti Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka di Dewan Bahasa dan Pustaka itu. Ternyata teman yang berada di Ijok, Kuala Selangor sempat juga meluangkan masa ke sana. Tulisannya yang terakhir begitu mengujakan. Saya sempat mengunjungi blognya walaupun jarang2 meninggalkan jejak.

Kelmarin saya menerima berita dari teman yang berada di MBSA, Shah Alam itu. Maaf saya tidak sempat untuk membalas kerana saya terlalu sibuk. Berita kecurian itu memeranjatkan saya. Mengapa manusia mencuri?? Saya pernah memperkatakan tentang itu suatu ketika dahulu. Petang ini saya terima kejutan sekali lagi. Teman baik saya yang selalu saya ingatkan supaya berhati2 juga telah kehilangan telefon yang mahal itu. Bagaimana saya ingin menghubungi anda? Saya harap teman2 bersabarla ya. Semoga si pencuri akan memulangkan apa yang dicuri dan mendapat pengajaran untuknya. Kembalikan..

Saya masih tetap di sini... dan terus tetap di sini. Jumpa lagi.

Kursus Bahasa Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (23-11-2008 hingga 26-11-2008) Hotel Grand Pasific Kuala Lumpur Part : 06.
















Kursus Bahasa Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (23-11-2008 hingga 26-11-2008) Hotel Grand Pasific Kuala Lumpur Part : 05.





























Kursus Bahasa Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (23-11-2008 hingga 26-11-2008) Hotel Grand Pasific Kuala Lumpur Part : 04.





























Kursus Bahasa Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (23-11-2008 hingga 26-11-2008) Hotel Grand Pasific Kuala Lumpur. Part : 03











Kursus Bahasa Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (23-11-2008 hingga 26-11-2008) Hotel Grand Pasific Kuala Lumpur. Part : 02






















Kursus Bahasa Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (23-11-2008 hingga 26-11-2008) Hotel Grand Pasific Kuala Lumpur.





























Pasar Seni (Ahad) 23-11-2008
















18 November, 2008

Jom Hijaukan Bumi (Damaikan Bumi) Part:03

Petang tadi tepat jam 2 petang saya sudah berada di muka pintu pejabat. Namun saya lupa benar pintu pejabat di depan dan dibelakang terkunci dan kunci saya di dalam meja kerja saya. Em.. terpaksala saya menunggu yang lainnya yang selalu masuk kerja jam 2.30 petang kerana keluar rehatnya tadi jam 1.30 petang. Barangkali banyak kerja sampai lewat sebegitu. Menunggu sampai mereka membuka pintu untuk saya. Kedengaran bunyi telefon dari dalam. Maaf banyak2 Apa yang boleh saya buat?

Saya mundar mandir selama setengah jam dan terus menunggu. Lantas saya melihat2 taman yang baru dibina di sekitar ruang kerja saya. Semasa perasmian taman itu, saya berada di situ juga, namun saya sekadar melihat dari jauh sahaja. Keramaian orang di situ membuatkan saya sesak nafas dan kelemasan. Begitu meriah acara sambutan perasmiannya. Beberapa orang tetamu penting juga turut hadir meraikan terlaksanya taman itu di akhir tahun 2008 ini.

Baru kini saya sempat menulis tentang itu. Berjalan dari taman ke taman. Di dalam hati saya indahnya ciptaan Tuhan yang maha Esa. Saya membuat sedikit rakaman buat teman semua. Saya bukan professional tetapi terimala keseronokan dan keindahan yang saya ingin kongsi bersama kalian. Alangkah bahagianya dunia ini sekiranya manusia menjaga alam sekitar, tumbuh tumbuhan untuk kesejahteraan masa hadapan. Kemudian terus sahaja saya kembali bekerja.

Hujung minggu ini saya harus menghadiri kursus anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di Grand Pasific Hotel, Kuala Lumpur. Nantikan berita2 dari saya. Terima kasih kerana sudi melawat saya. Jemput datang lagi dan terus datang lagi ya.Salam.

Jom Hijaukan Bumi! (Damaikan Bumi) Part:02











Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...