Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

11 May, 2009

Selamat Hari Ibu. Engkaula Ratu Hatiku.

Salam. Alhamdulilah.. Bertemu kembali setelah agak lama saya tidak menulis di sini.

Lewat minggu lepas saya menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah. Terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor kerana memanggil saya. Lama benar saya menunggu kursus yang ini, akhirnya sampai juga. Walaupun tiada yang banyak saya pelajari kerana kesukarannya yang tersendiri namun cukupla saya sekadar tahu atau mengetahui sedikit sebanyak agar tidak bodoh. Tiada apa yang ingin saya perkatakan. Saya gembira berkenalan dengan muka-muka lantikan baru yang dari satu daerah ini. Ada yang serasi dan ada yang tidak kena di dalam hati. Emnyah saja jauh dari saya.

Oh ya.. saya demam dan selsema sekembali dari Kuala Lumpur. Cuaca yang tidak menentu, serta panas yang keterlaluan buat saya lemah seluruh badan. Saya habiskan hunjung minggu lepas dengan mengambil Cuti Rehat. Saya perlu berehat untuk kembali ke pejabat. Saya percaya banyak kerja yang saya perlu buat pada minggu ini. Terima kasih kepada teman- teman yang sentiasa berkunjung di sini. Buat teman-teman berehat dan jaga diri baik-baik. Terimala gambar-gambar yang tidak seberapa buat tatapan kalian. hubungila saya di sini.. Terima kasih kerana baik kepada saya.

Buat Ibu tercinta. Selamat Hari Ibu..
Selamat malam.