08 June, 2009

Doakan Semoga Saya Panjang Umur dan Murah Rezeki.. (01-06-2009)

Assalamualaikum… Alhamdulilah. Bertemu kembali.. Cuaca tak menentu sekarang ini buat kesihatan saya juga tidak stabil. Selalu sahaja batuk-batuk kecil. Entah la bila mahu baik. Selesai sudah saya berkhidmat di dalam Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang (24-05-2009 hingga 26-05-2009) dan Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling (01-6-2009 hingga 03-06-2009) bagi peringkat 2/ siri 6/2009. Semuanya meninggal kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Lihat sahaja paparan gambar saya. Semahu saya tiada yang tertinggal walau satu peristiwa sekalipun, agar kalian senang bersama-sama menikmati masa-masa yang menjadi kenangan yang terindah buat mereka dan saya juga.

Memasuki Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling buat saya bertemu dengan teman baru.Kem Baru dan teman baru. Azrai namanya.. Dari jauh sudah tampak kemesraannya yang bergiat aktif di Istana Budaya. Seorang guru dari Pandan Indah. Ya.. Saya senang sekali berkawan dengan anda. Buat pemandu-pemandu yang melalui jalan-jalan Sg. Choh, Serendah berhati-hatilah.. Anda akan sentiasa diperhatikan.

Walaupun seminggu sudah berlalu namun seakan-akan baru semalam saya mengenali wira dan wirawati ini. Semoga kalian sentiasa mengingati saya yang masih tetap di sini. Saya tidak mahu bercerita panjang lebar tentang ini. Cukuplah kalian melihat-lihat gambar-gambar yang sederhana ini. Buat wira-dan wirawati anak didik saya, Tahniah kerana telah berjaya mengikuti PLKN dengan jayanya. Semoga kalian terus sukses dan menjadi insane yang berguna. Sewaktu di Kerling sempat juga saya bertemu dengan Kash yang berada di Tanjung Malim itu. Bertemu dengan Geng Budak Sekolah. Sesekali saya teringat tentang dia itu.

Lewat malam semalam saya gembira kerana dihubungi oleh teman saya yang satu itulah. Lama benar untuk saya menunggu bulan Ogos 15 hb itu. Entahla barangkali hadiah Ulangtahun Hari Lahir saya 01-06-2009 yang saya sendiri lupa dengan kesibukkan ke sana dan ke mari. Teman saya itu menghantar pesanan ringkas ke telefon saya. Bsersembang-sembang dan bertanya khabar. Alhamdulillah.. Bukan senang untuk teman saya itu berhubung dengan saya di sini, mahupun keluarganya. Ternyata teman saya itu masih mengingati saya. Bagi saya bukan setakat rindu, tetapi sampai tidur termimpi-mimpi. Buat teman yang jauh di mata tetapi dekat di hati, jaga diri baik-baik. Saya akan nantikan kepulangan kamu. Terima kasih kerana percaya dengan saya. Danish seakan-akan takut la dengan saya. Comel saja tetapi kuat berlari. Sama macam yang lainnya. Salam rindu dikejauhan.. Wasalam.

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...