25 February, 2010

Fasilitator PPSB - JLKN - Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor. (22.02.2010 - 24.02.2010)

Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Saya mulai sebagai fasilitator PPSB-PLKN sejak tahun 2005, namun inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke kem ini. Agak teruja dan berdebar-debar juga. Namanya terlalu gah, menjadikan saya kurang berani untuk sampai ke sini. Kem yang menjadi sebutan ramai orang kerana peserta-pesertanya terdiri daripada keluarga yang hebat-hebat dan berprestij. Akhirnya saya sampai juga mencari arah angin berbeda. Setelah beberapa hari saya di sini ternyata sama sahaja. Pemikiran dan tingkahlaku peserta di peringkat remaja ini adalah sama walau di kem mana pun. Terima kasih kerapa Wira an Wirawati Kumpulan Tongkat Warant kerana memberi kerjasama semasa di dalam kelas. Tahniah kepada kalian kerana berjaya melakukan persembahan yang terbaik pada malam itu. Ingatlah bahawa proses untuk sampai ke malam itu menuntut kesefahaman, kerjasama dan keprihatinan dari semua. Semoga bertemu kalian di luar nanti. Semoga kalian anak didik saya berjaya dan sukses di masa-masa hadapan.


Kepada Along@Asrul atau sesiapa yang mencari-cari saya, maaf kerana sekarang ini saya agak sibuk. Tentu sahaja kalian tahu. Kepada yang mencari-cari saya di pejabat , maaf banyak-banyak juga kerana saya akan kembali ke pejabat pada 04-03-2010. Saya akan bertugas di Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling mulai 01-03-2010 hingga 03-03-2010. Nnatikan berita dari saya. Salam.























































No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...