01 May, 2010

Malam Puisi Riong Selangor, Laman Budaya, Shah Alam. (30-04-2010)

Salam hormat. Bertemu kembali. Lewat hujung minggu lepas tentu sahaja kalian mengerti saya kesibukan ke sana dan ke mari. Hampir-hampir sahaja saya tidak dapat hadir di Malam Puisi Riong Selangor yang bertempat di Laman Budaya, Shah Alam itu. Petang itu saya lewat, semalamnya telah diingatkan oleh En. Zulfahmee supaya saya dapat tiba di sana dalam jam 7 petang. Entah la apakah puncanya sehingga saya terlewat pula petang itu. Semuanya telah di rancang. Petang itu saya bertolak dari Selayang Baru. Teman saya yang akan bermain biola itu (Che Mat namanya) bertugas dan lewat pula. Keluar dari rumah pun pada jam 7 kerana petang itu saya sempat berlatih dengan Che Mat. Saya ingin membuat persembahan yang terbaik pada malam itu. Ternyata kesesakan di jalan raya membuat saya hampir-hampir tidak sampai. Saya berserah sahaja kepada takdir. Teringat pula liputan yang telah diberikan oleh Berita Harian yang telah mengulas sedikit sebanyak tentang persembahan saya pada malam itu. Bagaimana sekiranya saya tidak hadir. Lupa benar saya esok 1 Mei 2010 adalah Cuti Hari Buruh. Kenderaan memenuhi keseluruhan jalan untuk kedua-dua hala. Saya redha saje namun nasib menyebelahi saya. Setiba saya di sana, beberapa persembahan telah berlangsung. Erm.. Alhamdulillah.. Kami membuat persembahan selepas Dato' Bandar Shah Alam membuat persembahan. Cuma saya agak canggung melihat pakaian seorang penyair wanita yang memakai kain batik (Kain Batik itu sesuai sahaja untuk di buat basahan), bertshirt dan berkasut seniker itu. Saya peduli sekiranya pakaianya itu membawa cerita tentang puisi itu. Tahniah kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada pecinta puisi tanahair.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...