03 May, 2010

Satu Malaysia.

Daerah ini,

Terbina dari tumpah darah perjuangan

Langkah pejuang berani mati..

Selautan keringat mencurah membasah bumi.

Dari jari jemari yang legam itu..

Dari tangan yang sawo matang itu..

Dari lengan yang kekuningan langsat itu..

Mereka rela gugur satu demi satu

Demi suatu harapan..

Perjuangan semalam

Di Daerah ini..

Bukan mudah..

Kering sudah air mata untuk menangis,

Kemarau sudah mata hati untuk menangisi,

Pengorbanan menjadi galang ganti,

Kesetiaan menjadi pengikat jati diri,

Salam buat anak-anak ku..

Jangan lupa pesanan orang tuamu..

Di mana kamu berpijak?

Di situ juga langit di junjung..

Tafsir sejarah silam,

Bukti cinta setia tiada akhirnya..

Andai suatu masa,

Cinta antara kita goyah dilanda taufan,

Ingatlah bahawa

Cerita kita dahulu tetap sama,

Jari, tangan dan lengan itulah bersaudara,

Meski berbeda Agama.

Hari ini,

Marilah kita seia dan sekata,

Memegang jari jemari,

Memegang tangan mengengam erat,

Berlaga siku, menyusun salam,

Mengota janji Satu Malaysia.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...