22 October, 2010

Ihsan - Layar Sukses.


Kecenderungan manusia untuk memiliki harta-kekayaan di dunia ini adalah suatu fitrah semulajadi. Ertinya manusia yang hidup ini dengan perasaan atau nalurinya berusaha keras untuk mencapai kesenangan dan kebahagian hidup di dunia ini. Salah satu caranya, dengan memiliki harta-kekayaan. Seseorang itu akan dipandang mulia dan terhormat oleh manusia lainnya. Dengan harta-kekayaannya itu, seseorang bebas bergerak kemana saja dan apa saja dapat dikerjakannya tanpa sekatan atau halangan apapun.

Memang Allah SWT menyuruh kita berlumba-lumba mencari rezeki sebanyak-banyaknya, memperkaya diri kita masing-masing. Namun Allah SWT memberi petunjuk bagi hambanya yang telah memiliki harta- kekayaan dengan batas-batas seorang manusia. Ertinya harta-kekayaan yang dimiliki oleh seseorang manusia, pada hakikatnya adalah milik Allah SWT yang diberikan kepada seorang hamba-Nya yang telah ditakdirkan-Nya sebagai pemilikan harta- kekayaan tersebut dengan ketentuan yang telah diatur oleh Allah SWT sendiri, seperti firman-Nya dalam Al Quran surat Al Munafiqun ayat 9, bahawa orang-orang yang telah beriman akan sangat rugi, jika dengan harta-kekayaan itu beserta anak- anaknya semua, menjadi penyebab akan lemahnya untuk berzikir (ingat) kepada Allah SWT.

Banyak orang selalu lupa, bahawa dari seseorang miskin yang sangat menderita kerena kemiskinannya, akan tetapi dengan usaha dan daya-upaya yang kemudiannya orang tersebut menjadi kaya raya, bahkan menjadi seorang dikagumi. Akibat dari kenikmatan, sampai ia lupa pula, bahawa kekayaannya itu adalah kurniaan dari Allah SWT dan merupakan suatu rahmat Allah yang harus disyukuri.

Kemiskinan dan harta-kekayaan adalah dua hal yang sentiasa merupakan hiasan kehidupan manusia. Allah SWT menguji manusia ini dengan kemiskinan; apakah manusia dengan kemiskinannya itu akan menjadi kufur terhadap Allah SWT ataukah manusia dengan penuh kesabaran, berusaha mencari rezeki yang memang telah disediakan Allah SWT.

Ujian Allah, juga terhadap orang kaya raya. Sampai dimana kewajibannya terhadap saudaranya telah ditunaikannya. Apakah zakat telah diselesaikan sesuai dengan petunjuk Syari’at. Di samping itu derma dan sedekah masih dirasakan berat sekali untuk dilaksanakan?

Allah SWT memperingatkan kepada orang-orang kaya-raya di dalam al Quran surat Al Taghabun ayat 15 bahawa sesungguhnya harta-kekayaan, anak-beranak kita, adalah merupakan fitnah dan Allah SWT memiliki pahala yang maha Agung. Ertinya, janganlah manusia ini ditipu dengan harta yang melimpah ruah, kerana harta-kekayaan itu semuanya akan ditinggalkannya, apabila ajal telah tiba.

Rasulullah, Nabi kita Muhammad SAW dalam suatu Hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari memperingatkan supaya kita jangan mahu diperbudak oleh emas dan perak (harta-kekayaan), kerana ia dapat mencelakakan kita semua.

Dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah menegaskan lagi, bahawa harta-kekayaan yang kita miliki adalah apa- apa yang telah kita makan, pakaian yang kita pakai dan sedekah yang kita berikan.

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan suatu Hadits, bahawa Rasulullah SAW mengancam orang-orang yang mengumpul-ngumpul harta kekayaan, dengan kebinasaan, kecuali apabila harta kekayaan itu dikhususkan untuk sumber kepentingan/kesejahteraan umat dan hak. Pada hakikatnya perkara seperti ini jarang sekali terjadi.

Ayat-ayat al Quran serta hadis-hadis Rasulullah SAW tersebut diatas, memperingatkan kita supaya sedar diri. Selalu ingat (zikir) kepada Allah SWT bahawa dari harta-kekayaan kita itu terkandung hak kepada saudara seagama, di mana Allah SWT melarang kita sebagai hamba-Nya bersifat bakhil. Keluarkanlah hak Allah dari harta-kekayaan kita berupa zakat, derma dan sedekah, demi menyucikan semua harta-kekayaan kita dari noda-noda hitam yang mencelakakan diri peribadi dan keluarga, bahkan keturunan kita (cucu-cucu dan cicit-cicit). Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang bertakwa.

No comments:

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...