15 July, 2008

Sembang2

Salam. Bertemu kembali. Saya mengharapkan kalian sihat-walafiat di samping orang2 yang disayangi. 2-3 minggu ini keadaan cuaca terus mendung dan kadang2 hujan. Tiada apa yang dapat saya lakukan pada waktu ini melainkan berehat dan tidur. Sesekali kalau hujan ribut, siaran astro turut tergendala. Jadinya terus sahaja masuk tidur. 22hb, elektrik akan dihentikan dari jam 4 petang sehingga jam 9 malam. Saya harus ingat berkali2. Emm.. saya harus sediakan lilin.. Bagaimana pula jika kepanasan. Elok saja terus membuka pintu dan tingkap. Harap2 malam itu terus hujan.
Lewat malam tadi sempat juga saya menghubungi teman yang berada di SUK, Shah Alam itu. Senang bersembang2 dengannya,lama tidak berhubung. Ingin tahu tentang kejadian kehilangan barang yang disayanginya itu.. Suaranya gembira sahaja. Katanya kepada saya bukan jaket saja yang hilang tetapi telefon kameranya sekali. Entah bagaimana la blognya tanpa gambar2. Mesti bosan hanya sekadar membaca dan terus membaca tanpa hiburan mata.Bersabarla ya.. Nasihat saya buatla strategi, sepandai2 tupai melompat akhirnya pasti akan jatuh ke tanah juga. Jadi jangan patah semangat!! Anda tahu apa saya maksudkan.. Setahu saya anda mempunyai idea yang bijak. Jadi berfikirlah untuk itu. Saya pasti Si pencuri itu akan tertangkap juga..
Politik? Semenjak di SUK diperintah oleh PKR, nampaknya bertambah2lah ilmu politik dunianya. Katanya kepada saya percaya atau tidak kes Anwar Ibrahim meliwat pemuda yang malang itu. Kata saya kepadanya kalau tiada angin takkan pokok akan bergoyang. Katanya kepada saya semuanya konsfirasi.. Ternyata dakwaannya saya dengar dengan jelas tetapi dengan pandangan dan pemikiran saya sendiri. Bagi saya sesiapa pun yang dilantik untuk menjadi PM suatu masa nanti haruslah bersih dari segala kes yang boleh meruntuhkan diri sendiri. Manusia memang tidak lari dari melakukan kesalahan. Jangan fikir manusia itu sempurna.. Maaf kerana berkata benar. Terima kasih
.

No comments:

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...