15 April, 2009

Semoga Allah Kasih..











Salam sejahtera. Saya mengharapkan kalian sihat walau di mana berada sekali pun. Kalau kalian rindu kepada saya terus sahaja meninggalkan pesanan rindu anda diruang sembang. Tentu sahaja saya akan menghargainya. Malam ini saya kembali menulis lagi. Hasratnya bermula di dalam tandas. Hati saya tidak senang. Hal petang tadi buat saya terkenang-kenang sampai malam. Timbul dalam fikiran saya di manakah kesempurnaan seseorang guru yang tugasnya mengajar itu. Ini tentang saya, ceritanya bermula... Walaupun saya tidak pernah untuk membuat sebarang tindakan jahat atau berprasangka buruk terhadap seseorang namun orang tetap tidak berpuas hati. Entahla.. Hal ini bukanla perkara besar untuk saya perkatakan, cuma elokla perkara yang sebegini difikir-fikirkan oleh orang itu. Bila saya katakan saya sibuk, mengapa tidak mempercayainya? Adakah saya berbohong untuk berkata begitu? Sedarla siapa diri sekiranya anda itu datang kepada saya untuk minta tolong dan saya tidak dapat tunaikan.Walaupun saya sibuk tidak bermakna saya tidak boleh bercakap di tempat saya bekerja. Jangan pertikaikan itu. Saya benci bertemu dengan orang yang bila berdepan menunjukkan muka manis. Tetapi dibelakang suka mengumpat.
Seperkara lagi, di dalam hati saya terfikir..bagaimana agaknya perwatakkan seorang guru yang bergelar ustazah. Bagaimana dia harus membawa dirinya. Bagaimana dia mahu menegur pelajar-pelajarnya. Seperti yang diketahui seseorang yang mempuyai ketinggian ilmu agamanya seperti Ustaz/Ustazah dipandang tinggi keperibadiannya. Namun di sini saya katakan tidak. (bukan semua begitu) Tidak sopan (tidak senonoh) seseorang ustazah itu menjerit-jerit kepada pelajar-pelajarnya yang membuat kesalahan atau melanggar peraturan sekolah. Saya yang berada di situ turut malu. Jangan fikir saya tidak ada perasaan. Maaf, saya bukan sesiapa pun. Tetapi saya percaya ada pendekatan yang lebih baik untuk itu. Sedarla wahai insan.. Semoga Allah kasih..
Melayari ke blog teman-teman buat saya senang dan tenang. Terima kasih kepada Epon kerana menyiarkan gambar-gambar itu. Saya berada di sana bersama-sama. Cuma tiada di dalam gambar. Tiada juga gambar-gambar yang itu. Terima kasih banyak. Lamanya tak berjumpa dengan Along, Ali... Sampaikan salam saya buat mereka ya.
Assalamualikum..

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...