14 April, 2009

Teman Lama di Kg. Lalang, Kuala Kubu Bharu.

Selamat sejahtera. Lama benar saya tidak singgah di sini. Teman-teman sudah mula tertanya-tanya khabar saya. Seperti biasa saya pun sibuk juga, namun bukanla bermakna saya tidak punya masa untuk melihat-lihat ke laman ni sekali sekala. Ingin sahaja saya bercerita tentang hari-hari yang berlalu ini. Namun bukanla istimewa dan menarik untuk saya perkatakan. Tentu sahaja akan membuat kalian bosan. Tunggu sahajala berita-berita dari saya.
Dua minggu lepas saya dihubungi oleh seorang teman. Sudah hampir empat tahun saya tidak berjumpa dengannya. Diala kenalan saya semasa bertugas di Kem Geo Kosmo, sg. Selisik, Kuala Kubu Bharu lewat tahun 2006. Terima kasih kerana menghubungi saya di sini. Antara Rawang dan Puncak Alam. Kita jumpa lagi.
















Atan, Kg. Lalang, Kuala Kubu Bharu.

No comments:

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...