23 February, 2010

Majlis Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Negeri Pahang. Felda Lurah Bilut,Bentong,Pahang. (20-02-2010)

Hujung minggu lepas, saya benar-benar kepenatan dan keletihan. Sampai sekarang pun masih terasa. Pada Jumaat itu saya tidak ke pejabat kerana kondisi badan saya yang tidak sihat. Namun tidaklah saya mendiamkan diri terus. Sebelum ini saya telah merancang untuk membantu Che Mat dalam menyediakan bahan bagi perbentangan semasa Penilaian Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Negeri Pahang pada 20-02-2010. Ternyata pada malam itu saya tidak tidur kerana menyiapkan bahan-bahan perbentangan dan risalah jemputan.

Tahniah kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Lurah Bilut kerana berjaya di peringkat Daerah Bentong di bawah kepimpinan Che Mat selaku Presiden. Semoga kemenangan berterusan di peringkat negeri pula. Tahun 2010 ini, saya sedia membantu sekiranya Persatuan Belia (MBFM) Felda Lurah Bilut memerlukan bantuan saya.

Buat pengetahuan teman-teman, hampir sepuluh tahun lebih saya berkunjung ke Felda LUrah Bilut ini. Saya begitu senang dan tenang berada di sini. Pertumbuhan dan berkembangnya belia di sini berlaku di hadapan mata saya sendiri.

Terima kasih kepada semua yang menerima kehadiran saya di sini. Jumpa saya di majlis-majlis di masa akan datang.
























































































































No comments:

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...