05 February, 2010

Hati dan Perasaan? Menerima Komputer Baru! ; )

Salam sejahtera. Bertemu kembali setelah sekian lama saya tidak menulis di sini. Ternyata awal tahun 2010 ini membuatkan saya terlalu sibuk dan tidak punya masa untuk menulis sini. Sehingga ada teman-teman yang menganggap blog ini sekadar album gambar. Apa pun kata mereka, gambar-gambar tersebut menyimpan seribu makna dan peristiwa. Ya lihat dan renungkan sahaja. Fikiran saya, senang mendiamkan diri daripada berkata-kata tanpa sebab dan hal. Juga asyik bercerita tentang perkara yang sama akan membuat kalian bosan. Namun saya bukanlah orang yang tidak ambil peduli tentang apa-apa hal yang berlaku. Saya percaya bicara saya yang seorang ini pun belum tentu akan didengari oleh sesiapa. Untungla saya jika kalian menunggu-nunggu saya di sini. Jadi saya begitu senang untuk terus mendiamkan diri. Sekarang saya bersuara. Ada hal yang menarik saya untuk berkongsi bersama-sama kalian. Sewaktu saya melihat-lihat dan membaca cerita ternyata ada yang menarik perhatian saya. Barangkali kalian pun punya pendapat yang sama. Katanya mungkin Tuhan sengaja mahu mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui seseorang yang benar, supaya apabila kita menemui seseorang yang benar, maka kita akan bersyukur dengan pemberian dan hikmah di sebaliknya itu. Katanya lagi, apabila pintu kebahagian tertutup (musnah, kebiasaannya kita akan selalu berfikir dan mengenang pintu yang telah tertutup itu hingga tidak nampak pintu yang telah lama terbuka untuk kita. Katanya terus, memberi seluruh cinta kepadanya bukanlah satu kepastian yang dia akan mencintai kita. Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan. Nantikan cinta itu mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ianya tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,satu jam untuk menyukai, satu hari untuk menyintai dan sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Em.. apa-apa sahaja la. Sesekali saya teringat kepada dia. Lama benar juga saya tidak berjumpa. Kadang-kadang hanya bertemu dalam mimpi sahaja. Terima kasih kepada Boss kerana memberi komputer baru. Jangan cemburu ya. Buat Boss yang kat Phuket tu, jangan lupa kami di pejabat ini. Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua. Selamat bercuti dan nantikan khabar berita dari saya nanti. Salam bahagia.




1 comment:

mamai said...

lagi senang nak beronlinekan lepas nie

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...