01 May, 2010

Cerita Tentang Buang dan Hilang.

Kelmarin..
Semalam..
Pagi ini..
Barangkali esok juga..
Ceritanya tetap sama..
Kisah sedih, perih dan pedih..
Kisah luka, duka, derita..

Di sebalik kotak ditepian jalan..
Di celah sampah bertaburan..
Di sisa saki baki longgokkan kekotoran..
Di situlah.. Di situlah..
Sekujur jasad kaku kebiruan..

Sedih, perih dan pedih..
Luka duka, derita..
Siapa yang tidak terasa??
Siapa yang empunya..

Yang dibuang itu baka,
Yang dibuang itu nyawa,
Yang dibuang itu pewaris bangsa,
Yang dibuang itu perintis ketamadun dunia..

Sedih, perih dan pedih..
Luka, duka, derita..

Nafsu muda keterlaluan..
Akal kurang ajaran..
Sengaja ingkar perintah..
Sengaja lupa larangan..
Sengaja alpa asuhan..
Hati liar gagah mencabar iman..
Tingkah menentang fitrah alam..
Hingga lahirnya zuriat.
Lantas tanpa salah lalu terus dihukum..
Kejam! Kejam! Kejam!
Dari dosa pertama
Terusan membuat dosa..

Di mana halal?
Di mana haram?
Di mana hilangnya kewarasan?
Di mana hilangnya kemanusiaan?
Di mana hilangnya kewarasan?
Di mana hilangnya kemanusiaan?

Ya Allah,
Ampuni dosa umat Mu ini..
Syukur kerna sentuhan kasih Mu,
Menyedarkan lena,
Tunduk sujud aku kepada Mu.

Engkaulah yang Maha Esa,
Engkaulah yang Maha Pengasih,
Engkaulah yang Maha Penyayang,
Tiada hidup tanpa Mu..
Tiada aku tanpa Mu..
Engkaula Tuhan yang satu..
Segala Puji-Pujian hanya pada Mu..
Pada Mu..
Pada Mu..

2 comments:

IMANSHAH said...

HURM, kesian bayi yang tidak berdosa

zachatta said...

Terima kasih kerana turut simpati..

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...