Assalamualaikum.wkt dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman.
Alhamdulillah... Walaupun kadang-kadang saya dihimpit kesibukan tugas, sempat juga saya mencuri masa untuk menulis di sini. Memang betul, sepanjang minggu lalu pelbagai program berlangsung di sini. Tinggal lagi, terpulang pada saya sama ada mahu hadir atau tidak. Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang sudi menjemput saya dengan kad jemputan yang dihantar ke pejabat.
Minggu ini, saya masih belum menyelesaikan tugasan "Pecah Belon". Kelakar bunyinya, tapi sebenarnya ada makna yang besar. Dalam bahasa yang lebih indah, inilah "Minggu Suai Kenal" dengan barisan kepimpinan dan rakan-rakan seperjuangan di sini. Rasionalnya, supaya saya dapat lebih mengenali orang sekeliling — barangkali ada antara mereka yang akan saya bekerjasama nanti. Mungkin juga, dari sini saya belajar memahami siapa yang memegang amanah, serta sikap dan personaliti mereka. InshaAllah, saya akan terus jalankan tugas saya dengan ikhlas, cermat, sebaik mungkin, dan menurut perintah. Sudah sebati dalam diri saya, bahawa perintah perlu dituruti, walaupun dalam hati ada pandangan dan pertimbangan sendiri. Saya tak mahu membesarkan hal-hal kecil yang remeh.
Sekian, jumpa lagi.